PH Selangor tubuh jawatankuasa peringkat Parlimen

AMIRUDIN
AMIRUDIN
A
A
A

SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) Selangor sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa di peringkat Parlimen bagi menyelaras gerak kerja gabungan ini.

Pengerusinya, Amirudin Shari berkata, pada 15 April lalu, pimpinan PH Selangor telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan mengenai kesepakatan dalam gerak kerja untuk rakyat di negeri ini.

Beliau berkata jawatankuasa itu juga bakal diwakili oleh Ahli Parlimen PH di Selangor.

"Jawatankuasa akan menyelaras gerak kerja gabungan yang akan diwakili Ahli Parlimen PH di Selangor," katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata mesyuarat itu juga turut bersetuju untuk mengadakan Pemukiman PH Selangor dengan matlamat bagi mengukuhkan muafakat di dalam gabungan ini.

Tambahnya, langkah ini juga membolehkan PH Selangor menyusun strategi untuk meneruskan kecemerlangan pentadbiran di negeri ini.

"Pemukiman ini juga akan turut dihadiri pemimpin utama PH Pusat," katanya.

Artikel Berkaitan: