Sila log masuk terlebih dahulu.

MCA atur gerak kerja selepas selesai agihan kerusi: Ka Siong

A
A
A

MCA atur gerak kerja selepas selesai agihan kerusi: Ka Siong

BERITA MOJO 11 JUN 2023

MCA hanya akan menyusun gerak kerja bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri selepas pembahagian kerusi dimuktamadkan antara gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, setakat ini proses pembahagian kerusi masih dilaksanakan dengan semangat Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas membuang undi bagi memilih jawatan Ketua Bahagian MCA, Johor Bahru di Dewan Jubli Intan, pada Ahad.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/262876/berita/politik/mca-atur-gerak-kerja-selepas-selesai-agihan-kerusi---ka-siong?fbclid=IwAR063AWTohf8K8XdBfThfXBne1UsbNUQ7CJuhcWU_nzIL5goHPZKdmXNC1Q

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaMojo #SinarHarian