Hadi perlu semak kelemahan diri sebelum tuding jari

Abdul Hadi sebelum inimendakwa kerajaan yang terbentuk ketika ini 'berkepala besar' bukannya Kerajaan Perpaduan. (Gambar kecil: Khairuddin)
Abdul Hadi sebelum inimendakwa kerajaan yang terbentuk ketika ini 'berkepala besar' bukannya Kerajaan Perpaduan. (Gambar kecil: Khairuddin)
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang disaran untuk menyemak kelemahan tata kelola dan integriti dalam pentadbiran sendiri sebelum menyalahkan pihak lain.

Bekas Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, Pas yang mengamalkan politik matang dan sejahtera tidak wajar menuduh secara umum mana-mana pihak sebagai penipu, pencuri dan perompak bagi membina persepsi.

"Tidakkah salah satu tonggak budaya politik matang dan sejahtera (BPMS) ialah politik benar bukan persepsi?

"Jangan hanya melihat orang lain tidak bersih lalu mengintai-ngintai kesalahan dan membuat tuduhan.

"Semak juga adakah terdapat kalangan mereka yang diberi amanah mengambil komisen daripada kontraktor-kontraktor," katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Abdul Hadi dalam ruangan Minda Presiden Pas yang mendakwa Kerajaan Perpaduan dibentuk di negara ini sebagai kumpulan haram.

Tambahnya lagi, muhasabah diri lebih baik daripada hanya sibuk membuat tuduhan kepada orang lain.

"Cukuplah-cukuplah berpolitik gaya jahiliyah memecah dan mencarik umat, binalah politik Islam yang penuh dengan kasih sayang dan menyatukan," ujarnya.

Artikel Berkaitan: