Anggota JPJ cedera, kemalangan libat dua kenderaan

Seorang anggota JPJ cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di kawasan selepas Plaza Tol Damansara menghala Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) di sini pada Ahad.
Seorang anggota JPJ cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di kawasan selepas Plaza Tol Damansara menghala Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) di sini pada Ahad.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan selepas Plaza Tol Damansara menghala ke Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian berlaku pada jam 10.10 malam.

"Siasatan dijalankan mendapati kejadian melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Vellfire dipandu seorang lelaki berumur 41 tahun yang dipercayai hilang kawalan.

"Vellfire tersebut berlanggar dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Fortuner milik JPJ yang berada di lorong kecemasan," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Katanya, pelanggaran mengakibatkan seorang anggota JPJ yang berada dalam kenderaan tersebut mengalami kecederaan.

"Siasatan mendapati kejadian berlaku ketika anggota JPJ itu menjalankan tugas rondaan.

"Anggota JPJ berumur 38 tahun yang mengalami cedera ringan di bahagian bahu itu dibawa ke Hospital Columbia untuk rawatan selanjutnya," katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan berhubung kejadian.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang melihat kejadian diminta tampil di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Petaling Jaya Inspektor Muhammad Hisyam Azih di talian 017-7378704 untuk membantu siasatan," katanya.