Mayat lelaki dikhuatiri lemas ditemui terapung

Mayat seorang lelaki ditemukan pada Isnin oleh Unit Anjing Pengesan (K9) yang terlibat dalam operasi tersebut. - Foto ihsan JBPM Pahang
Mayat seorang lelaki ditemukan pada Isnin oleh Unit Anjing Pengesan (K9) yang terlibat dalam operasi tersebut. - Foto ihsan JBPM Pahang
A
A
A

BERA - Pencarian seorang lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Pahang dekat Kampung Batu Bor, di sini pada Sabtu berakhir apabila ditemukan pada Isnin.

Mayat mangsa, Faizal Akmal Fikri Mohd Fauzi, 20, dijumpai terapung oleh Unit Anjing Pengesan (K9) pada jam 10.44 pagi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani memberitahu, mangsa ditemui pada jarak 0.9 kilometer dari lokasi kejadian.

Unit Anjing Pengesan (K9) antara yang terlibat dalam operasi SAR lelaki yang dikhuatiri lemas pada Sabtu lalu dan ditemukan pada Isnin. - Foto ihsan JBPM Pahang
Unit Anjing Pengesan (K9) antara yang terlibat dalam operasi SAR lelaki yang dikhuatiri lemas pada Sabtu lalu dan ditemukan pada Isnin. - Foto ihsan JBPM Pahang

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada hari ketiga (Isnin) melibatkan tiga anggota dan dua ekor anjing dari Unit K9, dua anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Triang dan enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).

"Operasi turut mendapat bantuan pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Persatuan Bulan Sabit Malaysia (PBSM).

"Operasi bermula jam 8.30 Isnin dan mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Pada Sabtu, mangsa dipercayai lemas ketika mandi bersama lima rakannya di lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!