PAAB belanja kurang RM1 billion ganti paip air

Abdul Hadi
Abdul Hadi
A
A
A

PASIR GUDANG - Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), membelanjakan kurang daripada RM1 billion bagi tujuan penggantian paip air di seluruh negara, setiap tahun.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Hadi Ali, penggantian paip itu bergantung kepada apa yang telah dirancangkan oleh pihak operator air dalam pelan perniagaan masing-masing.

Bagaimanapun katanya, perbelanjaan berkenaan perlu mendapat kelulusan daripada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), sebelum dilaksanakan.

"Ada sesetengah negeri di Pantai Timur yang kita buat contohnya melibatkan belanja berjumlah lebih kurang RM200 juta, di Johor sahaja lebih kurang RM400 juta bagi penggantian paip.

"Secara ringkasnya, ada negeri yang berikan tumpuan membina loji-loji, tangki-tangki baharu, tapi saya tak dapat nak berikan secara terperinci butirannya kerana berdasarkan laporan setiap tahun hanya RM600 juta paip," katanya pada Ahad.

Terdahulu, Abdul Hadi turut menyempurnakan penyampaian hadiah kepada.pemenang-pemenang Pertandingan e-Komik PAAB Peringkat Kebangsaan di Dewan Raudatul Firdaus, SMK Taman Scientex, di sini, pada Ahad.

Sementara itu Abdul Hadi berkata, penggantian paip ini berlaku di semua negeri dan ia bergantung kepada besar atau kecil (penggantian yang dilakukan).

Bagaimanapun katanya, penggantian berkenaan tidak melibatkan Terengganu, Sabah dan Sarawak yang bukan di bawah kelolaan PAAB.

Artikel Berkaitan:

"Selain program penggantian paip, ada juga sesetengah negeri yang lebih memberikan tumpuan kepada pembinaan loji-loji air baharu, tangki baharu serta inisiatif pengurangan air tidak terhasil atau Non Renewable Water," katanya.