Manchester United Raja Derbi Manchester

Rashford (kiri) meraikan jaringan Fernandes (kanan) semasa aksi Manchester United menentang Manchester City di Old Trafford, Manchester pad Sabtu. - Foto AFP
Rashford (kiri) meraikan jaringan Fernandes (kanan) semasa aksi Manchester United menentang Manchester City di Old Trafford, Manchester pad Sabtu. - Foto AFP
A
A
A

MARCUS Rashford muncul wira Manchester United apabila jaringannya memastikan kemenangan 2-1 ke atas penyandang juara, Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford pada Sabtu.

Kemenangan ke-12 liga dalam aksi Derbi Manchester itu selepas mengharungi 18 perlawanan membolehkan skuad kendalian Erik Ten Hag itu menghimpit rapat City di kedudukan kedua dengan 38 mata.

Sementara kekalahan ketiga liga selepas 18 perlawanan itu menyaksikan anak buah Pep Guardiola kekal di tangga kedua dengan 39 mata.

Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan yang tampil dengan aksi bertenaga gagal memecah kebuntuan apabila menuju ke bilik persalinan dengan terikat tanpa jaringan.

Babak kedua City terlebih dulu di depan hasil jaringan pemain gantian Jack Grealish minit ke-60 bagi mendahului 1-0.

Gol itu ternyata membangkitkan semangat juang para pemain The Red Devils apabila menyamakan kedudukan menerusi Bruno Fernandes minit ke-78 sebelum ledakan minit ke-82 Rashford menoktahkan kemenangan tuan rumah.

Artikel Berkaitan: