Ismail Sabri perjelas sebab lama berdiam diri

Ismail Sabri
Ismail Sabri
A
A
A

KUALA LUMPUR - Selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berakhir, timbul beberapa kontroversi yang mengaitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terlibat dengan ‘gerakan’ tertentu.

Bagaimanapun, sepanjang tempoh tersebut, Naib Presiden UMNO itu memilih berdiam diri dan mengelak daripada bertemu pihak media.

Bagaimanapun, sebaik selesai Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022, Ismail Sabri tampil memperjelaskan rasionalnya tindakan yang diambil itu.

“Saya rasa lepas PRU15 inilah kali pertama saya jumpa dengan media (dan) saya tidak membuat sebarang kenyataan kerana takut disalah anggap, pelbagai spekulasi timbul dan sebagainya.

“(Sedangkan) saya bercuti dekat Dubai pun ada orang kata (saya terlibat dengan ‘Langkah London’. Jadi, bagi saya (ketika itu) biarlah keadaan tenang.

“Kita adakan PAU dulu (baru bertemu media) kerana yang penting parti perlu diperkukuhkan,” katanya pada sidang media di Laman Media Perhimpuan Agung UMNO (PAU) 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Sabtu.

Selepas berakhirnya PRU15 lalu, Ismail Sabri dilihat mengambil sikap berdiam diri, meskipun ada dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan kumpulan yang menentang pemimpinnya sendiri.

Sementara itu, ditanya sama ada beliau akan mempertahankan jawatan yang disandangnya pada pemilihan yang dijadual pada Mei ini, Ismail Sabri menegaskan masih terlalu awal untuk menjawabnya.

Artikel Berkaitan:

“Setakat ini saya tidak mahu umumkan lagi,” katanya.