Anak buaya ditemui di kolam takungan Sungai Haji Dorani

Anak buaya ditemui mati tersangkut dalam jaring di Kolam Takungan Parit 4 Sungai Haji Dorani pada Jumaat.
Anak buaya ditemui mati tersangkut dalam jaring di Kolam Takungan Parit 4 Sungai Haji Dorani pada Jumaat.
A
A
A

SUNGAI BESAR - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor mengesahkan penemuan anak buaya di Kolam Takungan Parit 4 Sungai Haji Dorani di sini pada Jumaat.

Pengarahnya, Dennis Ten Choon Yung berkata, anak buaya berukuran 0.91 meter itu ditemui mati akibat tersangkut dalam jaring.

Menurutnya, Perhilitan telah melaksanakan pemantauan dan pengesanan reptilia berkenaan pada jam 9 pagi Sabtu.

"Pengesanan ini dilakukan berdasarkan kepada hantaran dimuat naik di sebuah laman Facebook yang berkongsi maklumat penemuan anak buaya tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sehubungan itu, katanya, Perhilitan menggesa orang awam terus menghubungi Jabatan sekiranya terdapat penemuan dan kehadiran haiwan liar tersebut.

Sebelum ini sebuah laman Facebook memuat naik hantaran mengenai penemuan anak buaya tersangkut di Kolam Takungan Parit 4, Sungai Haji Dorani di sini pada Jumaat.

Artikel Berkaitan: