Pesara polis maut motosikal langgar tiang elektrik

Seorang pesara polis maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar tiang elektrik di Kilometer 32.5 Jalan Kluang-Teck Wah Heng pada Sabtu.
Seorang pesara polis maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar tiang elektrik di Kilometer 32.5 Jalan Kluang-Teck Wah Heng pada Sabtu.
A
A
A

KLUANG - Seorang pesara polis maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya hilang kawalan dan melanggar tiang elektrik di Kilometer 32.5 Jalan Kluang-Teck Wah Heng dekat sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Nor berkata, kejadian itu berlaku pada jam 10.35 pagi melibatkan motosikal jenis Kawasaki Z250 yang ditunggang Mohd Firdaus Abdullah, 61, dan beralamat di Bandar Seri Impian di sini.

Menurutnya, ketika kejadian motosikal mangsa datang dari arah Renggam menghala ke Layang Layang.

"Hasil siasatan awal mendapati semasa tiba di tempat kejadian motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan disebabkan ada garisan kuning untuk perlahankan kenderaan.

"Motosikal mangsa terbabas ke tepi jalan dan melanggar tiang elektrik. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel Berkaitan: