Dua lelaki ganggu penunggang wanita sudah ditahan

Dua lelaki yang ditahan polis kerana mengganggu dua wanita di Jalan Skudai-Pantai Lido, Johor Bahru.
Dua lelaki yang ditahan polis kerana mengganggu dua wanita di Jalan Skudai-Pantai Lido, Johor Bahru.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis menahan dua lelaki yang didapati mengganggu dua wanita ketika sedang menunggang motosikal dalam satu rakaman video yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian itu berlaku di Jalan Skudai - Pantai Lido menghala ke arah Johor Bahru pada jam 9.42 malam Rabu dan dirakamkan pengguna jalan raya sebelum tular.

Menurutnya, dalam video berkenaan, dua lelaki yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y16Z yang mana pemboncengnya tidak memakai topi keledar didapati telah mengganggu dua wanita yang sedang menunggang motosikal.

"Perbuatan dua lelaki berkenaan jelas dilihat telah menimbulkan perasaan takut dan trauma kepada wanita berkenaan.

"Kejadian itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan fizikal kepada semua pihak terlibat," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Raub berkata, dua lelaki yang berusia 20-an kemudian berjaya dikesan dan dipanggil ke balai polis trafik untuk tindakan lanjut.

"Tindakan saman telah dikeluarkan terhadap dua lelaki itu atas kesalahan menunggang motosikal tanpa lesen memandu sah dan tidak memakai topi keledar.

"Dua lelaki ini juga dirujuk kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan untuk siasatan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan: