RTM siar secara langsung hoki Piala Dunia 2023

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

PERLAWANAN hoki Piala Dunia 2023 akan disiarkan secara langsung menerusi RTM TV1 bermula hari ini, menurut Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Beliau mengesahkan perkara itu menerusi ciapan di akaun Twitternya hari ini.

“Semua peminat hoki tanah air boleh menonton aksi pasukan Malaysia yang bersaing dalam Kumpulan C, #SpeedyTigers,” katanya.

Malaysia Tigers yang berada di kedudukan ke-11 dunia telah diundi untuk berada dalam Kumpulan C dalam kejohanan yang berlangsung di Bhubaneswar dan Rourkela, India dari 13 hingga 29 Januari ini.

Skuad hoki lelaki negara yang akan bertemu juara bertahan edisi lepas, Belanda (ranking kedua dunia) serta New Zealand (ranking kesembilan) dan Chile (ranking ke-22) meletakkan sasaran melepasi saingan peringkat kumpulan di pentas dunia itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: