Anak tunggal Elvis Presley meninggal dunia

Lisa Marie Presley
Lisa Marie Presley
A
A
A
NEW YORK - Penyanyi Lisa Marie Presley, anak tunggal mendiang legenda rock 'n' roll Elvis Presley, meninggal dunia Khamis pada usia 54 tahun, kata ibunya.

"Dengan rasa sedih saya berkongsi berita bahawa anak perempuan saya Lisa Marie telah meninggalkan kami," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Priscilla Presley kepada majalah People.



Menurut laporan media AS, Presley meninggal dunia beberapa jam selepas pembantu rumahnya mendapati beliau tidak sedar diri di bilik tidurnya di Calabasas, California.

Bekas suaminya, pelakon dan pemuzik Danny Keough, melakukan CPR sehingga petugas kecemasan tiba. Beliau dikejarkan ke hospital kerana disyaki mengalami serangan jantung.

Presley diletakkan dalam keadaan koma dan dipasangkan alat bantuan sokongan hayat serta perentak jantung sementara, namun meninggal dunia beberapa jam kemudian, lapornya.- Bernama