Tang Jie-Ee Wei gagal sambar tiket separuh akhir

Tang Jie dan Ee Wei gagal meneruskan kemaraan ke peringkat separuh akhir Terbuka Malaysia 2023.- Foto Bernama
Tang Jie dan Ee Wei gagal meneruskan kemaraan ke peringkat separuh akhir Terbuka Malaysia 2023.- Foto Bernama
A
A
A

BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei gagal dalam misi memburu tiket separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023.

Dalam aksi suku akhir di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Jumaat, Tang Jie-Ee Wei tewas 19-21, 9-21 kepada gandingan nombor dua dunia dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai.

Pengalaman ternyata menjadi pemisah antara Tang Jie-Ee Wei dengan lawannya itu yang tampil selaku pilihan kedua kejohanan.

Biarpun berjaya memberi tentangan sengit di set pertama, Tang Jie-Ee Wei yang baru digandingkan sejak dua bulan lalu harus akur masih kurang berpengalaman berbanding Dechapol-Sapsiree.

"Kami sudah memberikan cabaran kepada mereka, tetapi akhirnya kami tersilap kerana mudah membiarkan mereka melakukan serangan.

"Jika kami dapat mengatasi mereka di set pertama, saya rasa aksi set kedua memang (permainan) lain sedikit. Tetapi saya banyak melakukan kesilapan di set kedua," kata Tang Jie.

Pada Khamis, Tang Jie-Ee Wei mara ke suku akhir selepas menewaskan beregu Indonesia, Rehan Naufal Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati 21-19, 21-16 dalam aksi pusingan kedua.

Dalamn aksi pusingan pertama, mereka mencipta kejutan menewaskan beregu campuran nombor satu negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing 21-15, 21-10

Artikel Berkaitan: