'Kerja keras pastikan sokongan rakyat kembali' - Noraini

Noraini ketika ditemui pemberita selepas melakukan lawatan di Laman Media pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini, pada Jumaat.
Noraini ketika ditemui pemberita selepas melakukan lawatan di Laman Media pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini, pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Wanita UMNO perlu bekerja keras untuk memastikan sokongan rakyat kembali pada parti itu pada pilihan raya akan datang.

Ketuanya, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, bagi merealisasikan hasrat itu suatu pendekatan lain perlu dilakukan bagi mengembalikan semula kepercayaan rakyat terhadap UMNO.

"Kita mengakui bahawa dalam keadaan di mana kita sekarang ini dengan kerjasama Kerajaan Perpaduan seperti dikatakan oleh Presiden parti tadi, beliau (Ahmad Zahid Hamidi) menaruh harapan cukup tinggi terutama kepada menteri dari UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Sama juga dengan kami dalam Wanita UMNO, kita akan memastikan kejayaan sebab kita sedar bahawa kita ini kalah tetapi berada bersama dengan kerajaan.

"Dalam perhimpunan semalam pun kita maklum mengenai perkara tersebut tetapi kita kena membuat satu pendekatan lain pada pilihan raya akan datang, maknanya kita harus bekerja keras untuk memastikan bahawa sokongan itu kembali pada kita," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan di Laman Media pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Noraini menyerahkan kepada perwakilan itu sendiri mengenai soal jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.

"Itu kita serahkan pada perwakilan itu sendiri sebab sebenarnya tidak ada komen apa.

"Ini kerana sesetengah orang cakap macam ini dan sesetengah orang cakap macam itu tetapi akhirnya apabila sampai waktunya baru kita tahu," ujarnya.

Artikel Berkaitan: