Jalan alternatif jangka siap Disember 2019

Mohd Zawawi
Mohd Zawawi
A
A
A

KLANG - Hasrat pengguna Jalan Sungai Rasau 32/22 untuk menikmati jalan yang selesa akan menjadi kenyataan apabila projek Membina Jalan Alternatif Dari Shah Alam - Banting dijangka bakal disiapkan pada penghujung Disember ini.

ADUN Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, kelewatan projek ini disebabkan pengalihan utiliti dan masalah hakisan jalan.

“Buat masa ini, saya sudah berhubung dengan pihak Jabatan Kerja Raya negeri memaklumkan berkenaan kelewatan projek itu dan peruntukan juga ditambah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada Majlis Penyerahan Tanah Perkuburan Islam Kampung Johan Setia, Klang daripada Majlis Perbandaran Klang kepada Jabatan Agama Islam Selangor tadi.

Katanya, projek ini sepatutnya siap pada Disember 2018.

"Pembinaan projek berkenaan turut menyebabkan kejadian banjir kilat membabitkan beberapa buah rumah sekiranya hujan berlarutan.

“Saya menerima banyak aduan dari penduduk berhubung masalah itu, namun, saya berharap penduduk kawasan sekitar dapat bersabar dengan kelewatan projek ini,” katanya.

Terdahulu, projek yang bemula pada 18 Mac 2016 dalam tempoh 33 bulan dan dijangka siap pada Disember 2018.

Artikel Berkaitan:

Projek ini membabitkan kerja naik taraf dua lorong kepada empat lorong bagi mengurangkan kesesakan trafik, merangsangkan ekonomi dan mengurangkan risiko banjir.

Dalam masa sama kerja menaik taraf longkang, jejantas, laluan pejalan kaki dan persimpangan berlampu isyarat turut dilaksnakan serentak.