MASTAF masih ahli gabungan ASTAF

No Image Caption
A
A
A

PERSEKUTUAN Sepak Takraw Asia (ASTAF) telah pun menerima permohonan daripada Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) untuk menjadi ahli gabungan tersebut.

Namun Presiden ASTAF, Datuk Abdul Halim Kader menegaskan, permohonan PSM masih belum diproses badan induk sepak takraw Asia tersebut.

“Ya, kami sudah menerima permohonan PSM untuk menjadi ahli gabungan ASTAF pada 22 Disember lalu, namun sehingga kini ia masih belum dapat diproses oleh jawatankuasa kami.

“Ini kerana Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (MASTAF) masih lagi sah merupakan ahli gabungan ASTAF.

“Sekali lagi saya ingin maklumkan bahawa permohonan PSM hanya dapat diproses ASTAF apabila MASTAF dibubarkan secara sah mengikut perlembagaan MASTAF Fasal 45 (45.1, 45.2 dan 45.3) dan pembubaran tersebut mestilah disahkan oleh Pesuruhjaya Sukan serta Kementerian Belia dan Sukan Malaysia,” katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.

Sukan Sinar sebelum ini melaporkan Persatuan Sepak Takraw Perlis (PSTPs) mahu isu pembubaran MASTAF diselesaikan segera berdasarkan perlembagaan badan induk itu.

Malah, Setiausaha Kehormat PSTPs, Syed Azmir Syed Ahmad menasihati MASTAF mengambil tindakan membubarkan badan induk itu secara sah bagi memberi laluan kepada PSM melibatkan diri di peringkat antarabangsa.

Artikel Berkaitan: