City berhak tewas - Guardiola

Guardiola
Guardiola
A
A
A

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola mengakui pasukannya berhak tewas kepada Southampton 0-2 dalam aksi Piala Liga di Stadium St Mary pada Khamis.

Menurutnya, City tidak melakukan persiapan rapi dan menyifatkan ia salah satu perlawanan yang teruk buat pasukannya.

"Pasukan yang lebih baik menang. Kami tidak bermain dengan baik pada permulaan. Terdapat banyak perlawanan yang kami bermula mula dengan buruk tetapi bangkit, tetapi tidak untuk perlawanan ini.

"Apabila tidak bersedia, kami gagal menjaringkan gol. Apabila anda bersedia, anda menjaringkan gol.

"Malam ini adalah malam yang buruk, lawan lebih baik jadi kami perlu mengucapkan tahniah kepada mereka. Untuk memenangi perlawanan anda perlu berada pada tahap terbaik dan malam ini kami tidak layak," katanya.

City yang melakukan lima pertukaran pemain selepas kemenangan pusingan ketiga Piala FA menentang Chelsea tiga hari lalu terpaksa akur dengan penguasaan ditunjukkan Southampton melalui jaringan Sekou Mara dan Moussa Djenepo.

Skuad kendalian Guardiola itu juga gagal melakukan sebarang percubaan ke gawang pasukan tercorot dalam Liga Perdana Inggeris itu.

Sementara itu, pengendali Southampton, Nathan Jones mengakui kemenangan ke atas City melonjakkan semangat pasukannya.

Artikel Berkaitan:

"Kami mahu menjadi pasukan yang sukar untuk ditewaskan. Ini mesti menjadi penanda aras kami, tahap yang kami mahu capai.

"Kami mempunyai banyak situasi yang baik hari ini. Ia adalah satu langkah ke arah yang betul. Saya sangat berbangga dengan pemain, diri saya dan jurulatih," katanya.