OKT mati dalam lokap

Seorang lelaki tempatan yang ditahan dalam lokap di IPD Larkin di sini sementara menunggu untuk dituduh di mahkamah meninggal dunia, pada Rabu. - Gambar hiasan
Seorang lelaki tempatan yang ditahan dalam lokap di IPD Larkin di sini sementara menunggu untuk dituduh di mahkamah meninggal dunia, pada Rabu. - Gambar hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki tempatan yang ditahan dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Larkin di sini sementara menunggu untuk dituduh di mahkamah meninggal dunia, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, orang kena tahan (OKT) berkenaan, 47, mengadu sakit dan muntah-muntah pada jam 6.20 pagi sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Larkin untuk menerima rawatan pada jam 7.45 pagi.

"Bagaimanapun, pegawai perubatan telah mengesahkan kematian OKT pada jam 8.30 pagi. Bedah siasat akan dijalankan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru pada hari ini.

"Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Unit Jabatan dan Siasatan Jenayah Dalam Tahanan (USJKT) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman akan melakukan siasatan kes berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, OKT ditahan pada Selasa kerana mempunyai rekod orang dikehendaki berkenaan kes di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurutnya, OKT yang mempunyai 12 rekod lampau berkaitan kes dadah itu ditahan sementara sebelum dirancang untuk didakwa di mahkamah Johor Bahru pada Rabu.

Artikel Berkaitan: