Datuk Bandar KL bertemu PM bincang isu infrastruktur penjaja

Anwar (tengah) mengadakan perbincangan dengan Mahadi (kanan) pada Rabu. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
Anwar (tengah) mengadakan perbincangan dengan Mahadi (kanan) pada Rabu. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - [KEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima lawatan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diketuai Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah bagi mengadakan perbincangan di Kementerian Kewangan pada Rabu.

Menurut Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Kewangan, perbincangan bersama Mahadi melibatkan cadangan pembangunan dan naik taraf infrastruktur serta fasiliti penjaja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

"Tadi mengadakan perbincangan dengan pihak DBKL bersama dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah dan Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi) di Kementerian Kewangan.

"Perbincangan itu melibatkan cadangan pembangunan dan naik taraf infrastruktur serta fasiliti penjaja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur," kata Perdana Menteri menerusi satu hantaran di laman Facebooknya pada Rabu.

Tambah beliau, penjaja dan peniaga kecil merupakan salah satu penyumbang ekonomi negara yang perlu diberikan perhatian agar tidak ketinggalan dalam kepesatan pembangunan di ibu negara.

Artikel Berkaitan: