Tang Jie, Ee Wei kejutkan beregu campuran nombor satu negara

Tang Jie (kanan) dan Ee Wei akan menentang pasangan Indonesia pada pusingan kedua Terbuka Malaysia di Bukit Jalil pada Khamis. - Foto FB BAM
Tang Jie (kanan) dan Ee Wei akan menentang pasangan Indonesia pada pusingan kedua Terbuka Malaysia di Bukit Jalil pada Khamis. - Foto FB BAM
A
A
A

TUAH beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei yang baru digandingkan Disember tahun lalu apabila melakar kejutan pada kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023 setelah menewaskan pasangan nombor satu Malaysia pada Rabu.

Mereka yang baru bersama lebih sebulan menumpaskan Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing yang merupakan semi-finalis kejohanan Jelajah Dunia Akhir 2022 di Thailand akhir tahun lalu.

Perlawanan yang berlangsung di Arena Axiata itu menyaksikan Tang Jie-Ee Wei melakar kemenangan ke atas pasangan nombor enam dunia itu, 21-15 dan 21-10 dalam tempoh 31 minit permainan.

Kian Meng (kiri) dan Pei Jing terpaksa akur tewas kepada Tang Jie dan Ee Wei pada Terbuka Malaysia di Bukit Jalil pada Rabu. - Foto FB BAM
Kian Meng (kiri) dan Pei Jing terpaksa akur tewas kepada Tang Jie dan Ee Wei pada Terbuka Malaysia di Bukit Jalil pada Rabu. - Foto FB BAM

Ini merupakan pertemuan pertama kedua-dua pasangan di pentas kejohanan antarabangsa.

Kemenangan itu membolehkan Tang Jie dan Ee Wei mara ke pusingan kedua pada Khamis.

Menanti mereka ialah pasangan Indonesia, Rehan Naufal-Lisa Ayu yang menewaskan gandingan negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying 18-21, 21-15, 21-7.

Artikel Berkaitan: