Gerrard berkelana ke Poland ?

Gerrard. Foto Agensi
Gerrard. Foto Agensi
A
A
A

BEKAS pengurus Aston Villa, Steven Gerrard disebut-sebut untuk mengisi kerusi panas sebagai jurulatih Poland yang tersingkir pada pusingan 16 Piala Dunia di Qatar Disember lalu.

Difahamkan jurulatih berusia 43 tahun itu dalam proses rundingan untuk menjadi pengurus skuad kebangsaan negara tersebut.

Jodoh Czeslaw Michniewicz dengan Poland berakhir bulan lalu selepas tewas 1-3 kepada Perancis dalam saingan kalah mati di Qatar.

Poland hanya meledak tiga gol walaupun mempertaruhkan penyerang sensasi, Robert Lewandowski di jentera serangan.

Prestasi hambar itu mengecewakan penyokong Poland yang berharap sesuatu dapat dilakukan bagi meningkatkan prestasi pasukan.

Selain Gerrard turut berada dalam radar Poland ialah Roberto Martinez bekas pengurus Portugal yang dipecat baru-baru ini.

Turut tersenarai Herve Renard, pengurus Arab Saudi yang memahat kejutan selepas menewaskan juara Piala Dunia Argentina 2-1 dalam saingan peringkat kumpulan.

Dilaporkan Persatuan Bolasepak Poland sudah berhubung dengan Gerrard mengenai kekosongan jawatan pengurus itu.

Artikel Berkaitan:

Gerrard memulakan karier sebagai pengurus bersama gergasi Liga Perdana Scotland, Rangers pada 2018 hingga 2021 selepas mengendalikan skuad Bawah 18 Tahun (B-18) dan B-19 Liverpool pada 2017-2018.