MPKK jangan berdendam

Azman
Azman
A
A
A

SETIU - Kerajaan Terengganu menegaskan agar kepimpinan di semua peringkat termasuk di akar umbi bersikap adil kepada semua rakyat dalam usaha membina sebuah kerajaan ‘Maju, Berkat dan Sejahtera’.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, kerajaan negeri mengingatkan agar Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) perlu sentiasa berlaku adil dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat terutama di peringkat kampung.

Menurutnya, pemimpin di peringkat kampung perlu membantu penduduk di kampung mereka tanpa membezakan mereka penyokong parti berbeza.

“Sekiranya ada anak buah di kampung datang dengan sesuatu hajat, meminta pertolongan tetapi kita bertanya, mereka mengundi apa dalam PRU lalu, ini adalah ciri pengerusi MPKK yang gagal. Yang inilah kita nak letak satu noktah.

“Bukan mudah untuk kita ubah cara orang kampung berfikir, tapi saya sangat optimis bahawa pemikiran positif ini sedikit demi sedikit akan diterapkan dalam masyarakat orang kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Karnival Setiu Sejahtera di Dataran Budaya Rhu 10, dekat Permaisuri di sini.

Artikel Berkaitan: