Pengurus besar koperasi direman salah guna kuasa

Suspek (tengah) diiringi pegawai SPRM keluar dari mahkamah selepas mendapatkan perintah reman.
Suspek (tengah) diiringi pegawai SPRM keluar dari mahkamah selepas mendapatkan perintah reman.
A
A
A

KUANTAN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menahan seorang pengurus besar sebuah koperasi di sini untuk siasatan lanjut berkait kes salah guna kuasa bagi meluluskan skim pelaburan saham bernilai RM720,000.

Lelaki berusia 44 tahun ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat agensi itu pada Selasa.

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kuantan kira-kira jam 9 pagi pada Rabu untuk perintah reman.

Majistret Fatinah Abu Bakar membenarkan perintah reman terhadap suspek selama enam hari bermula Rabu hingga Isnin depan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Penahanan suspek itu menjadikan tiga pegawai kanan koperasi itu direman untuk siasatan berhubung kes sama.

Pada Selasa, seorang wanita berusia 40 tahun yang merupakan pengurus kewangan bersama eksekutif kanan kewangan koperasi itu berusia 49 tahun juga direman selama enam hari untuk siasatan lanjut berkait kes tersebut.

Kedua-duanya ditahan pada Isnin ketika hadir ke pejabat SPRM untuk memberikan keterangan.

Artikel Berkaitan:

Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim, mengesahkan berhubung tangkapan itu.