Kenyataan jelik penghantar makanan disiasat

Satu video tular memaparkan suspek mengaku mengeluarkan kenyataan jelik berkenaan kepada mangsa. - Foto Facebook
Satu video tular memaparkan suspek mengaku mengeluarkan kenyataan jelik berkenaan kepada mangsa. - Foto Facebook
A
A
A

PETALING JAYA - Satu kertas siasatan dibuka terhadap seorang penghantar makanan yang didakwa mengeluarkan kenyataan jelik terhadap seorang wanita di sini baru-baru ini.

Dalam satu video tular di Facebook, suspek, seorang pekerja penghantar makanan sebuah aplikasi dalam talian mengaku berkata "kalau kat Thailand ini perempuan sedap" ketika disoal oleh seorang lelaki dipercayai teman lelaki mangsa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang wanita tempatan berusia 27 tahun sekitar jam 11.12 pagi Ahad.

"Satu video menunjukkan rakaman wajah penghantar makanan yang dikatakan mengeluarkan kata-kata jelik itu telah tular di media sosial.

"Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Glomac Centro Kayu Ara, Petaling Jaya, Selangor pada 8 Januari jam 10.30 pagi," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Fakhrudin berkata, satu kertas siasatan telah dibuka terhadap suspek berkenaan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

"Saksi awam yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan. Sebarang maklumat berkaitan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kes, Asisten Superintendan Low Eng Keong di talian 0104012069," ujar beliau.

Artikel Berkaitan: