UMNO belum ditolak secara total

Fadwah ketika menjadi panelis pada program Wacana Sinar Harian siri 378 bertajuk ‘Parti Melayu hilang taring’ yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Selasa. - FOTO MOHD HALIM ABDUL WAHID
Fadwah ketika menjadi panelis pada program Wacana Sinar Harian siri 378 bertajuk ‘Parti Melayu hilang taring’ yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Selasa. - FOTO MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

SHAH ALAM - Orang Melayu disifatkan masih tidak menolak UMNO secara keseluruhannya di sebalik keputusan merosot diperoleh parti itu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Exco Puteri UMNO, Fadwah Anuwar berkata, adalah tidak adil untuk menilai prestasi parti tersebut hanya berdasarkan keputusan pilihan raya baru-baru ini.

Katanya, ini kerana UMNO dilihat jelas mampu menarik sokongan pengundi Melayu menerusi beberapa pilihan raya negeri (PRN) dan pilihan raya kecil (PRK) yang diadakan dalam tempoh selepas PRU14.

"Kita kena lihat beberapa siri PRK dan bila PRN diadakan sebelum ini pun, yang membentuk kerajaan adalah UMNO dan BN.

"Sebab itu saya katakan agak tidak adil sekiranya kita katakan orang Melayu itu menolak parti Melayu.

"Kita kena lihat bagaimana politik orang Melayu itu, cara penolakannya itu bukan secara total," katanya ketika menjadi panelis pada Wacana Sinar ke-378 bertajuk 'Parti Melayu hilang taring’.

Hadir sama Pengarah Penerangan Pemuda Pas, Nazrul Nazir dan penganalisis politik, Iswardy Morni di Kompleks Karangkraf di sini pada Selasa.

Fadwah berkata, beliau percaya corak sokongan pengundi terhadap sesuatu parti akan sentiasa berubah-ubah antaranya pengaruh semasa melalui penyebaran maklumat di media sosial seperti TikTok.

Artikel Berkaitan:

Pada masa sama, beliau mengakui bahawa UMNO sejak tahun 2013 dilihat agak terkebelakang dalam mengendalikan persepsi orang ramai terhadap parti itu.