Gempa bumi Indonesia: Bangunan musnah, penduduk selamatkan diri

Gempa bumi berukuran 7.5 pada skala Richter menggegarkan wilayah timur Maluku di Indonesia.
Gempa bumi berukuran 7.5 pada skala Richter menggegarkan wilayah timur Maluku di Indonesia.
A
A
A

JAKARTA - Beberapa kediaman dan bangunan dilaporkan musnah selepas gempa bumi berukuran 7.5 pada skala Richter menggegarkan wilayah timur Maluku di Indonesia pada Selasa.

Ketua unit operasi agensi pengurusan dan mitigasi bencana di daerah Kepulauan Tanimbar, Doni B. Layan berkata bahawa penilaian akan dijalankan untuk mengetahui kesan akibat gempa bumi itu.

Tiada kecederaan atau kematian dilaporkan setakat ini, katanya kepada Xinhua menerusi panggilan telefon.

Lebih 2,000 penduduk tempatan telah melarikan diri selepas kejadian gempa itu.

Gegaran turut dirasai di beberapa wilayah berdekatan, menurut agensi cuaca.

Gempa dilaporkan berlaku pada 00:47 pagi (1747 GMT) waktu tempatan dengan pusat gempa terletak 148 kilometer (km) dari barat laut daerah Maluku Tenggara Barat (Kepulauan Tanimbar) dengan kedalaman 131 km dari dasar laut.

Tiga gegaran susulan turut direkodkan dengan tahap kekuatan adalah lemah hingga sederhana.

Agensi itu turut mengeluarkan amaran tsunami di Malluku dan wilayah berdekatan Sulawesi Tenggara. - Bernama

Artikel Berkaitan: