'Sudah tiga bulan ibu hilang'

Soh Sian
Soh Sian
A
A
A

SEREMBAN- Lima beradik di Kampung Bukit Temensu, Kuala Pilah mengharapkan bantuan orang ramai untuk mengesan ibunya yang hilang sejak Januari lalu di kediaman mereka.

Kehilangan ibu mereka Soh Sian, 88 sebelum itu turut dihebahkan melalui Facebook, poster, termasuk satu laporan polis di Balai Polis Kuala Pilah pada 15 Januari.

Anak ketiganya, Teo Beng Hua, 62 berkata, kali terakhir dilihat oleh bapanya Teo Kok war, 88 pada 15 Januari lalu sekitar jam 10 pagi.

Beng Hua menunjukkan poster pencarian ibunya.
Beng Hua menunjukkan poster pencarian ibunya.

"Sebelum kejadian, saya datang membawa sarapan untuk mereka lebih kurang jam 9. Kemudian ibu keluar seperti kebiasaan, namun akan pulang selepas 20 hingga 30 minit kemudian.

"Kebiasaannya dia akan berjalan jalan sekitar rumah ambil angin waktu pagi namun pada hari kejadian, dia tidak pulang pulang sehingga kini," katanya ketika ditemui di Pejabat Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, Teo Kok Seong hari ini.

Kok Seong (dua,kanan) bersama anak Soh Sian ketika sidang media di pejabatnya, hari ini.
Kok Seong (dua,kanan) bersama anak Soh Sian ketika sidang media di pejabatnya, hari ini.

Katanya, dia bersama empat lagi beradik berusaha mencari ibunya sekitar pekan Kuala Pilah, Melaka juga Johor berdasarkan lokasi yang ibunya pernah pergi sebelum ini, namun pencariannya menemui jalan buntu.

Artikel Berkaitan:

"Jiran, keluarga serta rakan-rakan turut membantu mencari ibu. Kami sekeluarga benar-benar buntu, tambahan pula ibu keluar tanpa membawa sebarang dokumen pengenalan diri.

"Lebih membimbangkan sekiranya ibu menjadi mangsa jenayah. Saya berharap sangat orang ramai dapat membantu mencari ibu kerana daripada keadaannya, ibu tidak larat berjalan lebih jauh selain ingatannya tidak begitu kuat," katanya.

Suami Soh Sian setia menanti kepulangannya.
Suami Soh Sian setia menanti kepulangannya.

Katanya, ketika kejadian ibunya memakai kemeja bercorak bunga dengan berseluar panjang berwarna gelap.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ibunya digesa segera menghubunginya di talian 0183511931," katanya.

Sementara itu, Kok Seong berkata, beliau yakin orang ramai dapat membantu mengesan ibu mereka melalui hebahan media sosial juga akhbar.

"Kita akan maklumkan kepada ketua polis daerah dan negeri berhubung perkara ini agar ibu mereka dapat ditemui dalam keadaan selamat," katanya.