Shahelmey nafi lima ADUN BN bakal tubuh parti baharu

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Shahelmey mengakui bahawa beliau antara lima ADUN yang tidak bersetuju dengan langkah Barisan Nasional (BN) Sabah yang menarik sokongan terhadap Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan Shahelmey mengakui bahawa beliau antara lima ADUN yang tidak bersetuju dengan langkah Barisan Nasional (BN) Sabah yang menarik sokongan terhadap Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri.
A
A
A

KOTA KINABALU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat, Datuk Ir Shahelmey Yahya menafikan dakwaan bahawa beliau dan empat lagi ADUN dari Barisan Nasional (BN) bersedia untuk menubuhkan parti baharu.

Beliau berkata demikian bagi menyangkal laporan akhbar yang menyatakan lima ADUN UMNO bersedia untuk menubuhkan parti baharu dan menyifatkan laporan itu telah ditokok tambah.

Katanya, laporan itu dikeluarkan tanpa pengetahuannya dan juga empat ADUN BN yang lain.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya laporan ini dan tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan merujuk kepada penubuhan parti baharu atau berkaitan dengannya.

"Kenyataan ini disiarkan tanpa pengetahuan kami (lima ADUN UMNO) dan ia juga dilihat berniat jahat," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ahli Parlimen Putatan itu menegaskan bahawa pendirian mereka kekal untuk tidak menyokong perbuatan menjatuhkan kerajaan sedia ada.

"Seperti mana kami tegaskan sebelum ini, kami lima ADUN UMNO telah menetapkan pendirian untuk tidak menyokong perbuatan menjatuhkan kerajaan sedia ada dan bersedia menghadapi apa juga tindakan daripada parti," katanya.

Sebelum ini, beberapa media arus perdana menyiarkan laporan lima ADUN UMNO akan menubuhkan parti baharu selepas enggan tunduk kemahuan pucuk pimpinan BN negeri yang menarik sokongan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Artikel Berkaitan:

Selain Shahelmey, empat lagi ADUN BN itu ialah Datuk Dr Yusuf Yacob (Sindumin), Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit), Datuk Arshad Bistari (Tempasuk) dan Datuk James Ratib (Sugut).

Kelima-lima ADUN berkenaan turut memberi sokongan penuh kepada Hajiji selaku Ketua Menteri Sabah.

Ikuti perkembangan politik semasa negara di sini!