RM4 juta bantu usahawan Baik Selangor

Ng Sze Han
Ng Sze Han
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor memperuntukkan RM4 juta menerusi program Pembangunan Usahawan Mikro, Kecil dan Sederhana (Baik) Selangor bagi mengembangkan perniagaan usahawan di kampung baru dan bagan.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru Selangor, Ng Sze Han berkata, jumlah peruntukan meningkat berbanding RM3.6 juta sebelum ini memandangkan sambutan yang diterima begitu menggalakkan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara berkata, sebanyak 37 produk makanan berjaya dipasarkan menerusi program Baik Selangor, malah produk dipasarkan turut mendapat permintaan pasar raya di luar Selangor.

“Program Baik Selangor ini dapat membantu peniaga untuk meluaskan operasi sekali gus platform ini juga dapat membuka banyak peluang pekerjaan di kampung,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Untuk rekod, program Baik Selangor diperkenalkan pada Ogos 2021 bagi mengkomersialkan produk diusahakan penduduk kampung baru dan peserta turut diberi latihan berkenaan aspek pemasaran.

Dalam pada itu, Sze Han turut memaklumkan sejumlah RM4 juta diperuntukkan bagi menaik taraf kemudahan di kampung baru demi keselesaan penduduk pada tahun ini.

“Tahun lalu kita laksanakan 45 projek melibatkan belanja lebih RM3 juta antaranya pembinaan longkang dan gelanggang bola keranjang.



"Untuk tahun ini, permohonan sedang diteliti sebelum bantuan diagih,” katanya.

Artikel Berkaitan: