BSMM peruntuk RM750,000 bantu mangsa banjir di Bachok

(Dari kiri) Mohd Zaki, Zulkarnean dan Hakim mengagihkan sumbangan kepada mangsa banjir PPS SMK Beris Panchor, Bachok.
(Dari kiri) Mohd Zaki, Zulkarnean dan Hakim mengagihkan sumbangan kepada mangsa banjir PPS SMK Beris Panchor, Bachok.
A
A
A

BACHOK - Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) melalui dana kecemasan bencana memperuntukkan RM750,000 bagi membantu mangsa banjir di daerah ini.

Pengerusi BSMM Daerah Bachok, Mohd Zaki Zakaria berkata, bantuan tersebut melibatkan 1,000 keluarga yang terjejas dengan musibah berkenaan pada pertengahan Disember lalu.

"Setiap ketua isi rumah (KIR) akan menerima sumbangan RM500 yang akan dimasukkan secara terus ke dalam akaun masing-masing selain bantuan barangan.

"Majlis penyerahan bantuan siri pertama telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris Panchor yang disempurnakan oleh Penolong Ketua Jajahan, Zulkarnean Isa," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Hadir sama ialah Setiausaha Agung BSMM, Hakim Hamzah dan Pegawai JKM Bachok, Zulfikri Abd Wahab.

Menurutnya, pada majlis tersebut seramai 105 keluarga yang berpindah di pusat pemindahan sementara (PPS) SMK Beris Panchor menerima kits kebersihan BSMM dan barang dapur dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Sumbangan ini adalah bagi meringankan beban mangsa banjir yang terkesan.

"Besar harapan kita agar sumbangan ini dapat memberikan kegembiraan kepada penerima selepas diuji dengan musibah banjir bulan lalu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pemeriksaan kesihatan turut diberikan kepada mangsa banjir di PPS SMK Beris Panchor, Bachok.
Pemeriksaan kesihatan turut diberikan kepada mangsa banjir di PPS SMK Beris Panchor, Bachok.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu aktiviti lain turut disediakan untuk meraikan mangsa banjir seperti pemeriksaan kesihatan, kempen kebersihan diri dan permainan untuk kanak-kanak.