ADUN Merlimau minta pesakit berpatah balik

Tangkap layar perbualan Dr Muhamad Akmal dengan individu terbabit.
Tangkap layar perbualan Dr Muhamad Akmal dengan individu terbabit.
A
A
A

MELAKA - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh yang juga doktor perubatan di sebuah klinik meminta seorang wanita berpatah balik ke klinik selepas mendapat rawatan anaknya di klinik tersebut.

Beliau berbuat demikian untuk mengembalikan semula wang bayaran yang dikenakan ke atas individu itu yang mendapatkan rawatan di kliniknya yang terletak di Bandar Baru Merlimau.

Menurutnya, individu terbabit telah berhubung dengan beliau di media sosial, Facebook untuk membawa bayinya berusia sembilan bulan ke klinik namun kekurangan wang.

"Sebelum itu saya meminta individu itu memberikan nama dan nombor MyKid anaknya untuk pengesahan sebelum datang ke klinik.

"Tidak lama kemudian dia memaklumkan kepada saya telah mendapatkan rawatan tetapi telah membuat bayaran sebanyak RM55 kerana segan untuk membayar separuh daripada jumlah itu.

"Namun saya memintanya berpatah balik ke klinik untuk mengambil bakinya sebanyak RM50 dan saya hanya mengenakan bayaran RM5 sahaja," katanya yang berkongsi kisah itu di akaun Facebook miliknya.

Tambahnya, percaya dalam rezeki yang ALLAH SWT berikan kepada beliau, ada rezeki untuk orang lain.

"Jika anak-anak sakit dan tiada klinik kesihatan buka pada ketika itu datanglah ke klinik saya.

Artikel Berkaitan:

"Boleh berhutang, boleh bayar separuh, boleh bayar semampu yang boleh dan boleh juga untuk rawatan percuma," ujarnya.