Dua penunggang maut langgar kerbau

Seorang pelajar maut selepas motosikal ditungganginya terlanggar kerbau di KM 4 Jalan Pekan-Nenasi-Rompin pada Ahad.
Pix ihsan PDRM
Seorang pelajar maut selepas motosikal ditungganginya terlanggar kerbau di KM 4 Jalan Pekan-Nenasi-Rompin pada Ahad. Pix ihsan PDRM
A
A
A

PEKAN - Dua lelaki maut selepas motosikal ditunggangi mereka terlanggar kerbau dalam dua kejadian berasingan pada Ahad.

Dalam kejadian di Kilometer (KM) 4, Jalan Pekan-Batu Balik kira-kira jam 12.20 tengah malam, Mohd Azlan Abdul Aziz, 41, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin memberitahu, siasatan mendapati mangsa yang bermotosikal jenis Honda RS150R dalam perjalanan dari arah Batu Balik menghala ke Pekan.

Menurutnya, apabila sampai di tempat kejadian mangsa terlanggar kerbau di tengah jalan dan menyebabkan motosikal ditungganginya terbabas jatuh ke dalam parit sebelah kanan jalan.

Sementara itu, dalam kejadian di KM 4, Jalan Pekan-Nenasi-Rompin, seorang pelajar turut maut selepas motosikal yang ditungganginya terlanggar haiwan tersebut.

Kejadian yang menyebabkan seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya terlanggar kerbau di KM4 Jalan Pekan-Batu Balik pada Ahad
Pix ihsan PDRM
Kejadian yang menyebabkan seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya terlanggar kerbau di KM4 Jalan Pekan-Batu Balik pada Ahad Pix ihsan PDRM

Mohd Zaidi memberitahu, dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, Muhammad Syafiq Al-Syahmi Suhaime,17, yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC meninggal dunia di tempat kejadian.

Ujar beliau, penunggang motosikal dalam perjalanan dari Taman Permata menghala ke bandar Pekan.

Artikel Berkaitan:

"Apabila sampai di tempat kejadian mangsa juga terlanggar kerbau di tengah jalan dan mengakibatkan mangsa tercampak ke atas jalan serta meninggal dunia di tempat kejadian," jelas beliau.

Mohd Zaidi memberitahu, kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut diteruskan.