Perancis kekalkan khidmat Deschamps

Deschamps
Deschamps
A
A
A

PENGENDALI Perancis, Didier Deschamps melanjutkan kontraknya sehingga Jun 2026, kata Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) dalam satu kenyataan pada Sabtu.

“Persekutuan Bola Sepak Perancis dan Noel Le Graet, presidennya, dengan sukacitanya mengumumkan lanjutan kontrak Didier Deschamps sebagai ketua pasukan kebangsaan Perancis sehingga Jun 2026,” kata kenyataan itu.

Kontrak Deschamps sebelum ini telah tamat selepas Piala Dunia 2022 di mana Perancis tewas kepada Argentina pada perlawanan akhir menerusi penentuan penalti di Qatar.

Di bawah Deschamps, Perancis memenangi Piala Dunia 2018 di Rusia dan Liga Negara-Negara 2021 selain mara ke final Kejohanan Eropah 2016.

Perancis kini berada di tempat ketiga dalam ranking dunia FIFA, di belakang pasukan nombor satu dunia Brazil dan Argentina di tempat kedua.

FFF berkata, penolong jurulatih Deschamps, Guy Stephan, jurulatih penjaga gol Franck Raviot dan jurulatih fizikal, Cyril Moine juga akan meneruskan tugas masing-masing bersama pasukan kebangsaan.

Artikel Berkaitan: