PAU 2022 dijangka lebih meriah

PAU 2022 dijangka lebih meriah berbanding tahun sebelumnya. Gambar kecil: Mohd Sumali
PAU 2022 dijangka lebih meriah berbanding tahun sebelumnya. Gambar kecil: Mohd Sumali
A
A
A

SHAH ALAM - Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang akan diadakan pada 11 hingga 14 Januari ini dijangka lebih meriah berbanding tahun sebelumnya dengan persembahan barisan raptai, jualan gerai dan pameran di sekitar Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Mohd Sumali Reduan berkata, persiapan PAU merangkumi raptai di luar dewan iaitu upacara menaikkan bendera parti, nyanyian lagu Wanita, Pemuda, Puteri dan lagu UMNO.

“Pada raptai kali ini seperti biasa juga melibatkan 50 orang Skuad Sayang dan 50 orang Skuad Sabil serta exco-exco sayap.

"Turut terlibat, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan bersama-sama dalam acara di luar dewan seperti tahun-tahun lalu.

“Jadi, persiapan masih berjalan seperti biasa walaupun dalam keadaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tetapi kemeriahannya saya rasa lebih hebat daripada tahun-tahun sebelumnya,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Selain itu, ujar Mohd Sumali, beberapa gerai jualan dan pameran daripada Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) turut berlangsung sepanjang PAU selama empat hari itu.

“Untuk makluman, ada gerai-gerai jualan seperti tahun-tahun lalu di aras dua dan terdapat juga ‘booth’ daripada KKDW akan bersama-sama sepanjang PAU kali ini.

"Kita mulakan dengan perasmian sayap-sayap secara serentak dan keesokan harinya adalah persidangan Wanita, Pemuda serta Puteri di dewan yang berasingan,” menurutnya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti perkembangan politik semasa negara di sini!