Calon Duta Besar Malaysia ke Indonesia sudah dikenal pasti

Zambry pada sidang akhbar pembuka tirai lawatan sulung Perdana Menteri ke Indonesia di Sepang pada Sabtu.
Zambry pada sidang akhbar pembuka tirai lawatan sulung Perdana Menteri ke Indonesia di Sepang pada Sabtu.
A
A
A

SEPANG - Calon yang akan dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia sudah dikenal pasti dan akan diumum tidak lama lagi.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bagaimanapun tidak menamakan calon yang akan dilantik ke jawatan berkenaan.

“Soal pelantikan atau menamakan calon Duta Besar Malaysia ke Indonesia sudah hampir ke peringkat penghujungnya dan ia akan diumumkan tidak lama lagi.

“Calonnya sudah ada dan akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya pada sidang akhbar pembuka tirai lawatan sulung Perdana Menteri ke Indonesia di sini pada Sabtu.

Bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebelum ini dilapor dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.

Bagaimanapun, pelantikan Tajuddin kemudiannya digugurkan oleh kerajaan selepas itu.

Zambry menambah, akan ada proses pelantikan duta yang akan diadakan nanti.

“Kena ada majlis penyampaian untuk pelantikan dan sebagainya di Malaysia,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: