Harimau Malaya perlu raih banyak gol - Mat Yo

Harimau Malaya - Foto Facebook FAM
Harimau Malaya - Foto Facebook FAM
A
A
A

SKUAD Harimau Malaya perlu memburu sebanyak mungkin gol pada saingan separuh akhir pertama Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil malam Sabtu, sebagai bekalan selesa sebelum aksi timbal balik di Bangkok, Selasa depan.

Penyerang berpengalaman Norshahrul Idlan Talaha atau lebih terkenal dengan panggilan Mat Yo berkata, dengan meraih gol yang banyak di sini, akan memberi kelebihan kepada pasukan negara kerana bukan mudah beraksi di Stadium Thammasat.

"Sebab saya tahu skuad Thailand ini majoriti pemain mereka mempunyai pengalaman cukup luas, liga Thailand juga kedudukannya lebih baik daripada kita, jadi saya nasihatkan pemain kita cari gol awal dan bekalan semampu yang boleh untuk ke Bangkok,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Al-Ikhsan Sports x The MESSI Brand di Republik Bola Sepak, Sunway Pyramid pada Jumaat.

Dalam pada itu, Norshahrul optimis dengan perancangan ketua jurulatih, Kim Pan Gon yang disifatkan penuh taktikal serta berkualiti dan mampu membawa skuad kebangsaan sehingga ke perlawanan akhir piala berprestij itu.

Beliau berkata, skuad kebangsaan perlu terus berdisplin dan mengekalkan momentum sedia ada ketika beraksi pada perlawanan malam Sabtu. - Foto Bernama

Artikel Berkaitan: