Lelaki Pakistan sambut anak ke-60, cari calon isteri keempat

TERJEMAHAN SINAR HARIAN

Sardar menunjukkan anak lelakinya yang baharu dilahirkan di bandar Quetta, Pakistan. -Foto: Agensi
Sardar menunjukkan anak lelakinya yang baharu dilahirkan di bandar Quetta, Pakistan. -Foto: Agensi
A
A
A

QUETTA - Seorang doktor berusia 52 tahun di Pakistan menjadi tajuk utama berita apabila menyambut kelahiran anak yang ke-60 dan menyatakan dia mahu mempunyai anak lebih ramai dengan tiga orang isterinya.

Sardar Jan Mohammad Khan Khilji yang tinggal di Quetta, ibu negara Balochistan telah mempunyai keluarga besar sebelum ini dan berharap dapat mencari seorang lagi isteri.

Doktor yang mempunyai klinik sendiri di bandar tersebut mempunyai tiga isteri dan anak lelaki baharu lahir yang ke-60 dinamakan Khushal.

"Bagi orang lain, jumlah itu sudah mencukupi tetapi saya mahu mencari isteri keempat dan mempunyai ramai anak.

"Saya meminta semua rakan membantu mencari calon untuk dijadikan isteri keempat," kata Sardar kepada BBC.

Menariknya, Sardar pernah menjadi tajuk utama berita antarabangsa pada 2016 selepas menimang anak ke-35.

Ketika itu, dia mengumumkan hasratnya untuk mempunyai 100 orang anak dan berhasrat menambah isteri bagi merealisasikan cita-citanya itu. - Agensi

Artikel Berkaitan: