Team Haq janji kelainan bertemu Echo

Team Haq menjanjikan kelainan pada aksi playoff menentang Echo pertandingan MLBB di Jakarta pada Sabtu. - Foto FB Team Haq
Team Haq menjanjikan kelainan pada aksi playoff menentang Echo pertandingan MLBB di Jakarta pada Sabtu. - Foto FB Team Haq
A
A
A

DUA wakil Malaysia melayakkan tempat ke braket atas selepas Todak menjuarai Kumpulan B manakala Team Haq muncul naib juara Kumpulan D bagi merebut gelaran dunia di Jakarta, Indonesia.

Kedua-dua pasukan itu mencipta sejarah baharu pertandingan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) yang menyaksikan dua pasukan dari Malaysia melayakkan tempat ke braket atas playoff yang bermula Sabtu.

Kekalahan Team Haq dalam perlawanan pertama bukanlah penentu prestasi mereka dalam M4 apabila mempamerkan kebangkitan untuk memenangi dua perlawanan penting pada Rabu.

Menurut jurulatih Team Haq, Pabz, pasukannya gugup dalam perlawanan pertama bertemu dengan RRQ Akira selain gagal berkomunikasi dengan baik.

“Ia merupakan perlawanan pertama. Ada antara kami gugup dengan perlawanan itu dan kalah.

“Namun, kami bangkit untuk berada dalam braket atas,” katanya.

Beliau berkata, tiada isu antara mereka sepasukan dan penguasaan terhadap kumpulan hero mereka tidak banyak.

“Corak mereka hampir serupa, namun lebih kepada permainan berhati-hati dan menunggu peluang, RRQ Akira dan The Valley juga sama.

Artikel Berkaitan:

“Semoga berjaya di braket bawah, Mobazane,” katanya.

Echo yang merupakan juara kumpulan selepas memenangi kesemua perlawanan di peringkat kumpulan pastinya menghadirkan playoff yang lebih menarik.

“Pemain Echo sangat hebat dan kami akan lebih fokus kepada peringkat braket atas selain akan ada kelainan bakal yang ditonjolkan daripada kami,” katanya. - Stadium Astro