16 maut nahas jalan raya di Uganda

Seramai 16 orang maut dalam nahas jalan raya membabitkan sebuah bas dan lori di daerah Oyam, utara Uganda. - Foto Courtesy
Seramai 16 orang maut dalam nahas jalan raya membabitkan sebuah bas dan lori di daerah Oyam, utara Uganda. - Foto Courtesy
A
A
A

KAMPALA - Seramai 16 orang maut dalam nahas jalan raya membabitkan sebuah bas dan lori di daerah Oyam, utara Uganda.

Nahas berlaku ketika bas itu dalam perjalanan dari Kampala menuju ke Gulu sebelum kenderaan itu merempuh trak yang sarat dengan barangan di pusat perdagangan Adebe, memetik kenyataan polis pada Jumaat.

Menurut polis punca nahas masih belum dapat dipastikan tetapi berdasarkan siasatan awal, kemalangan mungkin berpunca daripada lori berkenaan yang diparkir di kawasan tidak sepatutnya dan pemandu lori gagal meletakkan sebarang tanda amaran.

Uganda mencatatkan kira-kira 20,000 kemalangan jalan raya di seluruh negara setiap tahun, menyebabkan lebih 2,000 kematian, menurut data polis.- Bernama

Artikel Berkaitan: