Pengusaha pusat penyembelihan ayam dikenakan notis amaran

Perbuatan pekerja pusat penyembelihan ayam membuang sisa buangan di Pasar Taman Tas berjaya dirakam pada Rabu lalu.
Perbuatan pekerja pusat penyembelihan ayam membuang sisa buangan di Pasar Taman Tas berjaya dirakam pada Rabu lalu.
A
A
A

KUANTAN - Pengusaha pusat penyembelihan ayam di Jalan Kuantan- Gambang dikenakan notis amaran kerana gagal mematuhi Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Bagi Sisa Pepejal Komersial, Perindustrian dan Keinstitusian (ICI) 2018.

Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang, Sharudin Hamid berkata, pengusaha tersebut dikenakan amaran mengikut Akta 672 iaitu tidak melantik syarikat perkhidmatan pemungutan yang berlesen dan membuang sisa di tempat yang tidak dibenarkan.

"Kesalahan ini kita kesan selepas menerima aduan awam berhubung isu pembuangan sisa janaan perniagaan di tong sampah yang disediakan khas untuk peniaga Pasar Taman Tas pada Rabu.

Pegawai SWCorp berjaya mengesan premis yang didapati membuang sampah di kawasan tidak dibenarkan.
Pegawai SWCorp berjaya mengesan premis yang didapati membuang sampah di kawasan tidak dibenarkan.

"Kita juga telah menjalankan sesi libat urus berkaitan peraturan ICI ini dan telah mengeluarkan notis amaran kepada pengusaha tersebut," katanya pada Jumaat.

Sebelum itu, Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) memuat naik satu hantaran di laman Facebook mengenai tindakan pantas SWCorp mengesan pembuangan sampah haram.

Pembuangan sampah itu dilakukan di Pasar Taman Tas telah dirakam kira-kira jam 5.17 pagi pada Rabu.

Sisa bulu ayam dikesan daripada premis penyembelihan ayam berhampiran.

Artikel Berkaitan:

Sehubungan itu, Sharudin berharap semua pengusaha premis ICI lain juga dapat mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

"Mereka perlu lebih bertanggungjawab terhadap sisa yang dijana oleh premis masing-masing," jelas beliau.