Lagi 13 setiausaha politik menteri angkat sumpah

Anwar menyaksikan majlis angkat sumpah 13 setiausaha politik menteri. Turut kelihatan, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali (kanan).
Anwar menyaksikan majlis angkat sumpah 13 setiausaha politik menteri. Turut kelihatan, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali (kanan).
A
A
A

PUTRAJAYA - Seramai 13 setiausaha politik kepada menteri kabinet mengangkat sumpah pada pagi Jumaat.

Perkara itu dikongsikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di laman Facebooknya.

Menurutnya, upacara Angkat Sumpah Simpan Rahsia didahului oleh Azman Abidin yang merupakan setiausaha politik beliau.

Turut mengangkat sumpah adalah Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Jamal Norubit @ Nerubi, Datuk Mohd Razlan Muhamad Rafi (Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah), Che Zam Hamzah (Kementerian Ekonomi) dan Datuk Mohammad Khairi A Malik (Kementerian Pengajian Tinggi).

Juga mengangkat sumpah pagi tadi ialah Suhaizan Kaiat (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup), Mohd Syazwan Rahimy Mohd Mokhtar (Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim), Carl Douglas Victor Moosom (Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi), Atiqah Syairah Shaharuddin (Kementerian Pendidikan), Dr Muhammad Razak Idris (Hal Ehwal Agama), V Ravindran (Kementerian Sumber Manusia), Napsiah Khamis @ Maharan (Kementerian Kesihatan) dan Mohammad Ghazali Hajiji (Hal Ehwal Sabah Sarawak dan Tugas Khas).

"Semoga mereka dapat laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan ini dengan baik dan penuh tawaduk," tulis Anwar.

Minggu lalu seramai 10 setiausaha politik telah mengangkat sumpah antaranya Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin, Irwan Zulkarnain Hasbie Mikai Mandau, Chiong Yoke Kong, Ambrose Abong Bugek, Johari Kassim, Ooi Tze Min, Mohammed Kamaluddin Effendie, Lee Seang Hock, dan Abdullah Izhar Yusof.

Artikel Berkaitan: