Hanya mesyuarat biasa, bincang masa depan parti - Bung Moktar

Bung Moktar ketika ditemui pemberita ketika meninggalkan bangunan UMNO di Kota Kinabalu.
Bung Moktar ketika ditemui pemberita ketika meninggalkan bangunan UMNO di Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - "Hanya mesyuarat, bincang masa depan parti saja," kata Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Bung Moktar Radin ketika ditanya pemberita mengenai perjumpaan bersama pemimpin UMNO Sabah di Ibu Pejabat UMNO Sabah di sini pada petang Khamis.

Bung Moktar yang juga Ketua UMMO Sabah berkata, tiada apa-apa yang berlaku pada mesyuarat itu sebaliknya hanya pertemuan biasa.

"Tiada apa-apa hanya 'meeting-meeting' saja. Bincang-bincang masa depan parti," katanya ketika meninggalkan bangunan UMNO Sabah.

Difahamkan, satu mesyuarat diadakan oleh BN Sabah sehingga mengundang spekulasi bahawa kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dipimpin Datuk Seri Hajiji Noor bakal tumbang.

Turut timbul khabar angin terdapat beberapa pihak tertentu cuba mengumpul akuan bersumpah (SD) daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk menumbangkan kerajaan Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah di mana BN dan parti Warisan dikatakan bakal menubuhkan kerajaan baharu.

Setakat ini, BN mempunyai 17 ADUN termasuk dua ADUN dilantik manakala 19 ADUN.

Sementara itu, Warisan dikatakan mengadakan sidang akhbar pada jam 4.30 petang di sebuah hotel terkemuka, namun telah ditunda dan akan diadakan pada masa terdekat.