23 orang 'disumbat' dalam SUV

Gambar Hiasan. - Foto: Agensi
Gambar Hiasan. - Foto: Agensi
A
A
A

BERLIN - Pihak berkuasa pada Selasa terkejut selepas menemui 23 individu 'disumbat' dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di bandar sempadan Jerman-Switzerland.

Jurucakap kastam memberitahu kenderaan Seat Alhambra dilengkapi tujuh tempat duduk itu membawa sebuah 'keluarga besar' terdiri daripada sembilan orang dewasa dan 14 kanak-kanak dari Poland ke Bern ketika kejadian pada Isnin.

"Mereka dilarang memasuki Switzerland dan pihak berkuasa di Berlin sudah dimaklumkan tentang perkara tersebut.

"Keluarga besar itu perlu melengkapkan dokumen yang diperlukan sebelum diberi akses ke Bern. Tetapi, tidak semua penumpang akan dibenarkan masuk ke negara berkenaan," ujarnya.

Difahamkan, pemandu kenderaan itu yang merupakan penduduk di Bern bakal dikenakan denda kerana membawa penumpang dalam keadaan tidak selamat. - AFP

Artikel Berkaitan: