'Kami sedia buktikan keabsahan' - GRS

Masidi Manjun
Masidi Manjun
A
A
A

KOTA KINABALU - Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sedia untuk membuktikan keabsahan sokongan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kepada pihak berwajib jika diperlukan.

Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, terdapat dakwaan oleh pihak tertentu kononnya memperoleh sokongan lebih daripada separuh ADUN Sabah yang membolehkan kumpulan itu menubuhkan kerajaan negeri yang baharu.

"Sebagai makluman, Datuk Seri Hajiji Noor, Ketua Menteri Sabah telah menerima perakuan dan sokongan daripada majoriti besar ADUN Sabah untuk terus memimpin kerajaan negeri yang ada sekarang. Mereka termasuk kesemua tujuh ADUN Pakatan Harapan (PH) Sabah.

"Kami bersedia membuktikan keabsahan sokongan tersebut kepada pihak yang berwajib apabila dan sekiranya perlu," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa suasana politik di Sabah ketika ini kekal stabil.

"Kedudukan politik di Sabah kekal stabil dan selamat untuk urusan perniagaan dan pelaburan," katanya.

Artikel Berkaitan: