RCEP berkuat kuasa di Indonesia

RCEP yang berkuat kuasa secara rasmi di Indonesia pada Selasa sekali gus menyaksikan China telah laksanakan perjanjian terbabit dengan 13 daripada kesemua 14 negara anggota RCEP. - Foto Bernama
RCEP yang berkuat kuasa secara rasmi di Indonesia pada Selasa sekali gus menyaksikan China telah laksanakan perjanjian terbabit dengan 13 daripada kesemua 14 negara anggota RCEP. - Foto Bernama
A
A
A

BEIJING - Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang berkuat kuasa secara rasmi di Indonesia pada Selasa sekali gus menyaksikan China telah melaksanakan perjanjian terbabit dengan 13 daripada kesemua 14 negara anggota RCEP.

Penguatkuasaan RCEP di Indonesia adalah langkah penting bagi mendorong pelaksanaan perkongsian terbabit secara menyeluruh.

Difahamkan, dengan penguatkuasaan RCEP itu juga dapat menyuntik kedinamikan baharu kepada integrasi serantau serta pertumbuhan ekonomi setempat dan global di samping menggalakkan perkembangan kerjasama rantai industri dan pembekalan serantau.

Untuk rekod, pelaksanaan RCEP dan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN memperlihatkan Indonesia membatalkan tarif terhadap lebih 700 produk buatan China yang merangkumi alat ganti automobil, motosikal, televisyen, pakaian, kasut dan but, produk plastik, beg dan kopor serta produk kimia.

Daripada kesemua produk itu, alat ganti automobil, motosikal dan sebahagian pakaian telah dibatalkan tarif pada Isnin, sementara produk lain pula akan menikmati manfaat tersebut selepas jangka masa peralihan. - Bernama

Artikel Berkaitan: