Wujudkan unit pemantauan kebersihan tandas awam

Kor Ming melihat sendiri kebersihatan tandas awam di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Kor Ming melihat sendiri kebersihatan tandas awam di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
A
A
A

SHAH ALAM - Kesemua 155 pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara diharap dapat mewujudkan unit pemantauan kebersihan tandas awam dan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan mengikut jadual.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ia bagi memastikan tandas awam di negara ini sentiasa berada dalam keadaan bersih, berfungsi dengan baik dan teratur.

"Saya ingin menegaskan bahawa kebersihan tandas awam berkait rapat dengan imej negara khususnya di destinasi utama pelancongan atau pintu masuk ke negara kita.

"Selain itu, tandas awam bertaraf 'BMW' iaitu Bersih, Menawan dan Wangi juga akan meningkatkan persepsi rakyat terhadap PBT," katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Selasa.

Kor Ming sebelum itu memaklumkan bahawa beliau melakukan lawatan secara spontan ke destinasi popular pelancong di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bagi melihat sendiri kebersihan tandas awam.

Beliau turut menerima aduan daripada orang ramai berkenaan dengan keadaan tandas awam di kawasan tersebut.

Kor Ming meninjau keadaan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Kor Ming meninjau keadaan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

"Saya mendapati tahap kebersihan tandas awam Dataran Merdeka agak memuaskan dan sistem pencahayaan juga berfungsi dengan baik.

Artikel Berkaitan:

"Walaubagaimanapun, saya melihat bumbung siling tandas awam lelaki rosak, sabun pencuci tangan tidak diisi semula dan ada paip air tidak berfungsi," katanya.

Beliau juga melihat beberapa masalah wajar diperbaiki di sekitar Dataran Merdeka iaitu padang rumput yang 'botak' dan kurang sempurna, tempat ruang niaga bawah tanah kini sudah berada dalam keadaan usang dan kotak suis elektrik tidak ditutup dengan baik serta membahayakan keselamatan pengunjung.

"Saya akan bertemu dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah dalam masa terdekat.

"Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan di bawah pimpinan saya akan mencari jalan penyelesaian terbaik agar infrastruktur atau kemudahan awam yang dibina dengan duit rakyat dapat dijaga dan diselenggara dengan baik serta sentiasa berada dalam keadaan yang memuaskan," ujarnya.

Tegasnya, budaya penyelenggaraan wajar dititikberatkan dan dipandang serius oleh semua agensi kerajaan.