Prestasi United belum sampai tahap cabar kejuaraan

Erik ten Hag
Erik ten Hag
A
A
A

PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag berkata, The Red Devils belum lagi dianggap sebagai pencabar kejuaraan musim ini,

Namun pengurus dari Belanda itu tetap percaya terhadap skuad kendaliannya semakin meningkat selepas satu lagi kemenangan 3-0 ke atas Bournemouth dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris pada Rabu.

Gol daripada Casemiro, Luke Shaw dan Marcus Rashford di Old Trafford membolehkan United meraih kemenangan liga keempat berturut-turut, sekali gus merapatkan jurang kepada pendahulu Arsenal kepada sembilan mata.

Bagaimanapun United bergelut untuk mendapatkan jumlah mata terburuk dalam Liga Perdana Inggeris musim lalu dan tidak memenangi kejuaraan liga utama Inggeris sejak 2013, ketika Alex Ferguson masih mengendalikan.

“Itu satu langkah besar. Tidak (untuk kejuaraan), tetapi kepercayaan itu semakin meningkat dan ia adalah isyarat yang baik. Kami perlu memberikan setiap perlawanan 100 peratus tenaga dan fokus, jika anda mengekalkan falsafah itu adalah mungkin (perebutan kejuaraan).

"Kami tidak terlalu jauh ke hadapan, ia adalah Januari, tidak sampai separuh musim, perlawanan seterusnya adalah Everton, jadi kami akan menikmati 24 jam dan kemudian meneruskan,” kata Ten Hag ketika ditanya mengenai sasaran United dalam perebutan kejuaraan.

Untuk rekod United telah memenangi empat perlawanan Liga Perdana Inggeris di tempat sendiri berturut-turut tanpa bolos buat kali pertama sejak enam perlawanan antara Mei dan Oktober 2017, dan tidak bolos dalam liga di laman sendiri sejak kemenangan 3-1 ke atas Arsenal pada September.

Pada perlawanan itu, penjaga gol tuan rumah David de Gea perlu melakukan beberapa penyelamatan yang baik untuk mengekalkan rekod bersih dan mendapat pujian khusus daripada pengurusnya.

Artikel Berkaitan:

"Kami hanya kekal kuat secara bertahan jika kami melakukan tugas kami dan memberi 100 peratus dalam setiap situasi.

"Dia (De Gea) beraksi dengan sangat baik. Dia melakukan beberapa penyelamatan yang cemerlang dan hari ini salah satu sebab kami mempunyai banyak rekod bersih ialah David de Gea. Menentang West Ham, sebagai contoh, saya masih ingat penyelamatan daripadanya. Secara umumnya kami tidak tidak melepaskan begitu banyak peluang," katanya.