Arsenal seri, Manchester United menang

Antara aksi menarik Arsenal menentang Newcastle United di Stadium Emirates.
Antara aksi menarik Arsenal menentang Newcastle United di Stadium Emirates.
A
A
A

HARAPAN Arsenal untuk melebarkan pendahuluan 10 mata dalam perlumbaan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dimusnahkan Newcastle United dalam keputusan seri 0-0 di The Emirates.

Pada masa sama Manchester United meneruskan prestasi positif apabila menang 3-0 ke atas Bournemouth di The Old Trafford pada Rabu.

Pertembungan antara pasukan di kedudukan pertama dan ketiga di London tidak menepati sasaran skuad kendalian Mikel Arteta apabila Newcastle meneruskan rekod bersih ke-10 liga musim ini.

Manchester United pula mengukuhkan kedudukan empat teratas, menyamai mata dengan Newcastle apabila gol oleh Casemiro, Luke Shaw dan Marcus Rashford mengesahkan kemenangan 3-0.

Arsenal, yang gagal menjaringkan gol buat kali pertama musim ini dalam semua pertandingan, mempunyai 44 mata daripada 17 perlawanan dengan juara Manchester City dengan 36 mata selepas bermain 16.

Newcastle United pula mempunyai 35 daripada 18 perlawanan, mendahului United dengan perbezaan gol walaupun bermain lebih banyak perlawanan.

Everton pula yang mengikat Manchester City pada Ahad menamatkan rekod bersih tiga perlawanan dalam liga, apabila tumbang kembali dibelasah 1-4 oleh Brighton & Hove Albion.

Kaoru Mitoma memberikan Brighton pendahuluan dan Everton rebah selepas rehat ketika Evan Ferguson, Solly March dan Pascal Gross menjaringkan gol dalam lima minit yang menyaksikan penyokong setia Goodison Park terpegun sebelum meninggalkan stadium.

Artikel Berkaitan:

Kekalahan itu menyebabkan Everton hanya satu mata di atas zon penyingkiran sekali gus tekanan yang besar terhadap pengurus Frank Lampard.

"Kesilapan individu dan isu pertahanan kolektif. Begitulah keadaannya.

"Ia bukan soal kemarahan. Kami kecewa. Kami mahu memenangi perlawanan," kata Lampard, yang pasukannya boleh jatuh ke tiga terbawah.

Sementara itu, Fulham menang 1-0 ke atas Leicester City di Stadium King Power untuk melangkah ke tempat ketujuh liga.