Cita rasa tradisional Melayu di Hotel Sofitel


CHEF ISMAIL
CHEF ISMAIL
A
A
A
SEMPENA Ramadan pada tahun ini, Hotel Sofitel Kuala Lumpur Damansara menawarkan lebih 180 hidangan bufet Melayu tradisional untuk pengunjung berbuka puasa di hotel yang terletak di Bukit Damansara.

Sofitel, jenama hotel mewah Perancis telah bekerjasama dengan Chef Selebriti, Datuk Ismail Ahmad atau lebih dikenali Chef Ismail yang menyediakan masakan Melayu tradisional terbaik.

Selain hidangan Melayu tradisional, bufet Ramadan turut menampilan gabungan hidangan segar makanan laut, Cina, India, Jepun dan Barat.

Bufet Ramadan di Sofitel juga menyediakan bar salad yang menawarkan pecal, lawar jantung, rendang pucuk ubi, kerabu mangga muda, kerabu taugeh dan kerang, kerabu daging bakar dan banyak lagi sebagai pembuka selera.

Antara hidangan utama ialah ayam percik Kelantan, daging salai masak lemak cili padi, asam pedas ikan pari, sambal udang petai, telur itik masak lemak cili api dan lain-lain.

Di samping itu, bufet juga akan menampilkan salah satu hidangan ciptaan Chef Ismail yang paling terkenal iaitu ayam golek istana iaitu hidangan diraja hanya disediakan untuk dihidangkan di istana.

Pengurus Besar Sofitel Kuala Lumpur Damansara, Franck Loison berkata, sempena Ramadan Sofitel menyediakan hidangan popular dari seluruh Malaysia.

“Ini adalah masakan Melayu tradisional yang disediakan dengan gaya masakan di rumah dengan bantuan Chef Ismail,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Chef Ismail berkata, pihaknya akan memastikan tetamu menikmati pengalaman menikmati hidangan yang terbaik.
Artikel Berkaitan:


“Resipi terbaik datangnya daripada kesabaran dan memasak dari hati," katanya.

Bufet itu akan bermula pada 4 Mei hingga 4 Jun 2019 pada harga yang ditawarkan RM188 bagi dewasa dan RM94 bagi kanak-kanak.

Lebih menarik, mulai sekarang hingga 30 April, hotel itu menawarkan diskaun bagi tempahan awal iaitu pada harga RM158 bagi dewasa dan RM79 bagi kanak-kanak.